Source-from a forwarded email
Karangan Terbaik UPSR 2007-satu kemalangan
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Monday, March 16, 2009
InfO Berguna nih...aku tak tahu pon... :)
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN -
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI -
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI -
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati... :)
Sunday, March 15, 2009
me@GSC Sunway Carnival
Cerita bermula,cam biasa hubby aku keburingan...."yang jom p tgok wayang??...aku cam biasa, "JOM ARR!!"Sesampai di Sunway Carnival dalam jam 10.15mlm,g tengok cita apa yang ada d GSC.As usual, laki aku wat decision..(sebab dia penaja jugak malam tuh) adoi...dia pilih DRAGON BALL..kenerla ikut ...10.15mlm ada tapi Full tinggal seat depan sekali dekat ngan screen..giller kerr apa..mau tergeliat tengkok..last2 terpaksa amik tiket 12.15 am...So dalam nak menunggu tgok wayang tuh...cam biasa,layan game kat sebelah...main game guna token tuh...camtuh la selalu kalau nak menunggu wayang start...hubby aku akan tukaq token dalam rm10. Game memula yang kami tuju since aku kaple ngan hubby aku dan peberet aku (sebab tuh jer yang aku reti men pon) DAYTONA-game racing keta...kekonon nak jaik Michael Schumacher la..keke
as usual even untuk BEGGINNER main auto drive..aku tetap menang bila lawan ngan hubby aku..nyeh3x dari kaple dulu sampai la...
Pastu jam ditunggu udah tiba...masuk la panggung 8..cam biasa beli popcorn medium combo n manggo juice untuk laki aku...Permulaan cerita menarik gak..ada unsur2 lawak yang tak memburingkan...layan2 sampai bab jumpak ngan Chow Yuen Fatt,memang tak kering gusi..asyik gelak ja...but the best part ...aku nyenyaris nak lena..yer arr kat 1.30 pg..memang time lena yang best..tapi teringat hubby aku dah warning kalau lepas ni dia tangkap aku tertidoq lagi..no more wayang treat untuk aku..errrrrrr..terpaksala tegangkan kelopak mata la..eheh..bintang yang beli di beri untuk genre filem cam nih..3/5 la...sbb aku nih tak minat sangat cita2 adaptasi dari komik nih... :)
MOral Of the Story :-
Jangan la bagitau kat org sebelah yang gi tengok wayang ngan kita, kita terlena...kang takder dah penaja untuk movie seterusnya.. :)
wait a second there..baru aku teringat..tetiba malam tuh lam wayang tuh..ntah SAPA terkentut...bau cam haram lak tuh..n yang bangangnyer..bercakap2 lam wayang..cam siyesss.ampehhh...SALAH SATU TABIE YANG HARAM DI BUAT LAM WAYANG...ntahla..
Friday, March 13, 2009
FRIDAY the 13th...goshhh!!!


Baru aku terperasan..arini Jumaat 13hb..Perghhh...kebetulan...Teringat plak pada cerita seram JasOn - FRIDAY THE 13Th...time kekecik dulu memang pemes kat tb...and of koz memang aku minat ngan cerita² camtuh..seantero ngan Freddie Krugger,Twillight Zone..back in the 80's..aku kekecik lagik time tuh...dulu cerita2 Spooky camnih..memang giller hebat la...eheheh... :) tapi skang dah tak der...skang ada Supernatural..nyeh3x..Jensen Ackles memang walauweii...kankankan...Mynz??? Apapun..enjoy ure weekend mate...aku kener log off dulu nih..kilat sabung menyabung cam nak ujan..naik riso gak aku...kang black out terbakaq pc nih dah tak bleh nak blog memblog dah..to Mynz.....Gudnite..Sweet Dream...
Erkkkkkk........ :)))))
Tadi pagi tengah dok lelepak sambil MAKAN KETUPAT ngan klik satu tempat reja aku,tetiba aku dapat Meseg darik org yang aku kenali....Nun jauh di KL.. aku pon bacala...meseg berbunyi :- Si A:- ang tgh watper weh??? Tak g site opis??
Aku :- Satgi tghari kot...wasap?? windu aku ler tuh.. :)
Si A:- Hehehe...tau takpe...Ang skang jarang lak online..time takdak streamyx gegeh g CC.dah ade x online lak??? ---ayat tak pueh hati la tuh...eheheh :)
Aku :-uik majuk n marah nampak??? biasala adat yang xda nak diadakan...pastu dah ada..MELINGKUP..nyeh3x
Si A :- Marah nih marrrrrrrrrrrrrrrh tau tak..ahahaha...xde arr.curious.aku anggap ko obsess ngan portable player gitu.---->damn rite bout that...nyeh3x...
X sangka ada gak org windu aku ...nyeh3x...ehehe cup cup awwww... :) Bgi yang berkenaan... Jgn la marah...heheheh :)
Adios......R..P
Wednesday, March 11, 2009
Street Fighter-The Legend of Chun Li
Bebaru nih ,ari Sabtu yang lepas aku g ALOQ SETAQ,Kedah...saja jer teman mak aku p umah Besan dier merangkap sepupu dier jugak...iaitu umah mak mertua abang aku yang no 2...perghhhhhhhh..panjangnyer pengenalan..phewww...sesaja la pepusing towm Aloq Staq...yang dah berkurun aku tak terjah since abang aku kawen !!! Memang kalau org tinggal aku kat situ..menangis la jawabnya...memang aku tak tau langsung jalan2 kat situ...bleh sesat!!! Lelepak jap,umah mak chaq chom (panggilan aku kat mak mertua abng aku tuh) lepas magrib terus gerak balik Penang..Semasa lam perjalanan balik,ujan memang lebat giller..same cam time nak g Kedah tuh....tapi lagi teruk sebab malam....gelap..takdak lampu jalan plak tuh..and jalan yang aku tak biasa...Kalu g KL insyaallah..sebab dah selalu sangat aku g...nih area ke Utara nih...cam riso jerr!!! pastu ada satu keta Satria nih melelong2...buat aku riso jerr!! last² lam ujan lebat terpaksa la aku potong gak la keta tuh..tetengok time kat sebelah dier sebok main hset...CILAKAK!! wat takutt org jerr.. sebab masa memula tuh aku tengok siap dier nak tibai divider tepi jalan tuh..ampeh!! tak sayang nyawa kerr...kot yer pon nak GARIT main nset..benti la kat tepi jalan tuh..dua kali dia dok tuju ker divider jalan tuh..ingatkan MABUK ker apa..Sialan...Tapi syukur alhamdullilah aku selamat sampai kat umah aku gak..
Sesampai umah...aku tgok muka hubby aku keBURINGAN..so nak jaga hati dia..aku ajak g tgok wayang...sebab waktu paginya tuh dier dah ajak aku g nengok wayang...aku pon dah tak tau cita apa yang dok tayang kat wayang...sebab tak penah amik tau pon since dok sebok layan dvd ja...cam murah dan leh tegok sambil bebaring kat katill..nyeh3x..so g la jugak...GSC Sunway Carnival,Seberang Jaya..tetengok dia dah plen nak layan street fighter...aku pon tak dak idea cita apa nih...melainkan pikiaq mesti citer cam game tuh!!!yang dah diwayangkan...pelakon pon leh tahan..Kristin Kreuk-Smallville sweetheart,Michael Clark Duncan-The Green Mile,Taboo from The Black Eyed Peas-Vega..the mask villain..so ikut jerla!!! dah dier penaja Utama malam tuh...aper lagik cam biasa beli medium combo popcorn,cheezel,1901 hotdog yang ada kat GSC tuh..and manggo juice for my hubby..sesampai lam wayang..cam biasa..makan apa yang ada...dahtu layan cerita...dah abih suma...apa lagik lex jap..pastu tetiba screen tuh blank..gelap..itam..pekat...erkkk....rerupanya aku tertido!!! nyeh3x..sesedaq lagi 20 menet nak abih dah cerita tuh..time Chun Li lawan ngan Bison tuh kat atas kontena tuh..erk..........kekekeke....masa kuaq dari wayang tuh..aku bagitau kat hubby aku yang aku tertido kat scene last tuh...Hangen dier ngan aku...dia cakap len kali kalu nak tido tak yah ajak dier g tengok wayang...LOL...Moral of the story :-
Jangan layan wayang time badan letih dan tak tahu menahu pasai citer yang kita nak layan tuh..sebab leh membuatkan kita tertido......ZzzzZZzzz... :) so Lu PK la sendiri...
Tuesday, March 3, 2009
Slumdog Millionaire
Aku dah lama tak amik tahu pasai citter2 kat panggung...since aku dok sonok layan cita2 bersiri cam SUPERNATURAL, MALLVILLE..ETC..ETC, And OF KOZ KIPAS BERANI MATI (DIE HARD FAN) ngan cita PRISON BREAK.skang ngah layan P.Break Season 4..yang aku dapat dari Bt Fringghi..tempat LANUN cetak rampok yang paling berjaya dan aku sokong 110% sebab suma cita yang aku nak dia ada...ngan rega yang murah..takyah tunggu lelama nak download kat torrent ka apa...darik abih karen umah aku..baik beli jer cd complete kat sana!!! kan senang...leh layan tanpa segan silu....
So,ari tuh ada OSCAR LIVE kat Astro...so aku pon saja la layan...nak TENET cam malas nak on pc...layan jerla RED CARPET...ada BRANGELINA...dan ramai lagila...apa nama mamat yang dok hoskan AMERICAN IDOL TUH?? duhhh..lupa lak...dok intv budak2 kecik comel2 darik INDIA yang melakonkan watak2 lam SLUMDOG MILLIONAIRE NIH..dengaq kata banyak katergori yang dipertaruhkan melalui cita nih...so aku cam teruja lak nak tgok!!!
Jadi esoknya...aku g kedai CD kat BM nh...carik cita tuh and walla..ada...Malamnya tanpa segan silu dok layan la...Cerita bermula apabila Jamal adik kepada Salim memasuki Who Wants To Be A Millionaire...Polis telah menahan dia sebab masa soklan terakhir untuk 1Million..sebab disangaka satu penipuan telah berlaku sebab takkan sowang budak jalanan leh jawab suma soklan..so satu persatu dikait ngan soklan yang diberi...
...memang menarik cerita nih...pasai 2 adik beradik ISLAM ..SALIM si abang dan adik,Jamal terpaksa idup susah dan macamana depa jalani idup tanpa ibu yang telah terbunuh akibat pebalahan antara HINDU dan MUSLIM..dimana budak2 nih tadi yang terselamat ngan sowang budak LATIKA...dipergunakan oleh sindiket PEMINTA SEDEKAH...
Memang best dan A MUST SEE MOVIE la....
5 bintang....
Subscribe to:
Posts (Atom)
